Sabtu, 7 Februari 2015

Kisah selepas bergelar isteri

Assalamualaikum...
Saya ingin kongsikan pengalaman bersama teman-teman tentang diri saya selepas bergelar isteri.
Semasa anak anak dara, sibuk dengan program NGO Islam, PEPIAS... dan kerja . Selepas bergelar isteri, totally semua berubah termasuk jadual harian. Sebagai isteri , hendaklah taat akan perintah suami selepas Allah dan Rasul.

Kehidupan sebagai isteri amat mencabar, tambah pula apabila dikurniakan rezeki cahaya mata yang pertama bernama Abdullah Bin Abas. Subhanallah, sangat indah bergelar seorang ibu. Kini, tanggungjawab bertambah. Syukur alhamdulillah dikurniakan suami yang serba boleh tentang perihal rumah dan dapur... huhuu..

Dalama masa menjadi isteri dan ibu, saya juga seorang pelajar PJJ di UKM, part time. Keadaan badan amatlah terhad. setelah 5bulan melahirkan anak sulong, Allah berkehendak untuk saya mengandung lagi.. haiyoo... mula-mula rasa sedih, cepat-cepat istighfar sebab inilah rezeki dari Allah.. saya terima dengan redha, suami amatlah seronok bila tahu saya mengandung lagi.. kini usia kandungan saya mencecah 8bulan 1minggu.. tak lama lagi nak bersalin.. hihihihi in shaa Allah... tapi walaupun sudah 8bulan, saya tetap bertenaga dan masih mampu menjaga keterampilan sebagai wanita... nak tahu apa yang saya ikhtiarkan???? (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan