Memaparkan catatan dengan label my story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my story. Papar semua catatan

Khamis, 8 Jun 2017

SAHABAT SEJATI


SAHABAT SELAMANYA 



Assalamualaikum semua... salam ramadhan,,,, dah sampai fasa pengampunan bagi ramadhan kali ini .. subhanallah.. cepat sangat masa berlalu..
Syukur alhamdulillah semoga Allah memberi peluang untuk kita teruskan beribadah dalam redha dan keberkatan dari Allah SWT... AAAminnnn... 

Ha... inilah sahabat yang hubungannya tersangat akrab dan saling membantu satu sama lain jika berlaku musibah dan gelak bersama sesama dapat nikmat Allah.. 
walaupun antara kami ade berbeza umur, tetapi kami seperti adik beradik yang cukup akrab..

hampir 10 tahun hubungan persahabatan kami.. dalam ni semua ade kecuali sahabat kami jauh sikit  kat taiping nuhhhhh.... agak sukar untuk kami berjumpa tetapi kami ade group wassup alhamdulillah...

Syukurlah diberikan sahabat yang tak pernah rasa dengki antara satu sama lain jika antara kami mendapat rezeki yang lebih dalam semua aspek malah kami terus memberi semangat galakan dan doa untuk kejayaan masing2... 

kami jarang jumpa.. tapi kalau jumpa memang tak puas sehari.. aduhai.. tak sabar trip kami nak ke penang sebab inshaaAllah masa ni la kami nk reunion sambil bertandang ke perkahwinan my bff kami nur halimahtunsaadiah.. ini lah sorang yang tinggal.. moga perancangan nya dan perancangan kami selari dengan perancangan Allah buat kami.. aaaminn..

oklah.. doakan persahabatan kami gar diberkati dan diredhai hingga ke syrga Allah.. aaaminn

"Sebaik2 sahabat di sisi ALLAH adalah mereka yang terbaik terhadap temannya "
_HR AL-HAKIM_
 
SAHABAT KERANA ALLAH SWT

Selasa, 20 Oktober 2015

Disebalik Kesusahan ada Kemudahan


Abdullah bin Abas adalah anak sulung ayu yang dilahirkan pada 3/1/2013 di Hospital Umra, Shah Alam secara czer...
bukanlah ayu sengaja nak suruh czer yer.. Ayu percaya ini semua adalah kehendak dan rezeki yang telah Allah tetapkan pada Ayu. Punca Ayu diCzer adalah kerana kedudukan Abdullah usia 38minggu telah naik ke atas dan ujiannya adalah air ketuban ayu dah kering. dan memang tak boleh untuk membuat pusingan supaya ayu bersalin secara normal.
Setelah itu ayu pergi ke hospital sungai buloh then depa kata ada kene czer secepat mungkin. ayu terkejut bila mengatakan jika tidak nanti kene selamatkan antara ibu dan anak. ohhh hanya Allah je yang tahu masa itu betapa rasa sedihnya ayu... '
Tapi suami sentiasa beri semangat. kami minta untuk pulang ke rumah dan ikhtiar cara bidan dan juga melakukan solat hajat untuk meminta pertolongan daripada ALLAH... 
akan tetapi hasilnya sama... bukan mengatakan Allah tak tolong tapi itulah takdir yang Allah tetapkan untuk kami. 
Kami kembali semula ke hospital sg buloh untuk czer dan suamiku memint doktor perempuan dan nurse perempuan sahaja untuk service ayu. sebab ayu dengar daripada kawan2 di mana boleh request doktor perempuan. tapi sekali lagi ayu sedih bahawa mereka mengatakan yang tidak boleh request doktor. dengan pantas suamiku mengatakan.. tak pelah, kami discharge. Bila kami discharge, suami kata tak tahulah nak bersalin dimana bahawa sedia maklum yang memang kos czer di swasta amat mahal. 
setelah itu, kami balik.. tenangkan diri dan selesai solat maghrib tiba2 kawan suamiku suggest supaya pergi ke hospital umra then request doktor perempuan. Alhamdulillah dapat jugtak. ayu amat terharu kerana suami sedaya upaya mendapatkan doktor perempuan untuk ayu. Kebetulan kami datang malam jumaat dan kami minta esoknya ayu diCzer. segala2nya dipermudahkan.... alhamdulillah.. Ayu tak pernah terfikir untuk bersalin di swasta dengan perkhidmatan yang amat memuaskan hati dan tenang jer. selepas selesai semua, suami ayulah yang lapkan ayu, jaga ayu, dan tidur dengan ayu. aAbdullah kami serahkan pada nurse yang bertugas pada malam itu. 
Sungguh Allah Maha Hebat dan Maha Adil dalam memberikan ujian sekaligus hikmah yang ukup besar. 
Ayu juga bersyukur apabila suami mengatakan, biarlah dia berhabis duit janji ayu selamat dan selesa. paling penting selagi ada usaha untuk mendapatkan yang halal, kita mintak tolong Allah pasti Allah kan tolong...


Ayu sentiasa berazam untuk menjadi isteri, dan ibu yang terbaik untuk family ayu... Terima Kasih Allah pertemukan diri ini dengan insan sebaik Abas bin Mohamad Yusof. Moga pinjamanMU ini sentiasa dalam redhaMu dan dalam rahmatMu.

Isnin, 9 Februari 2015

Erti Sebuah Pengorbanan Suami


Assalamualaikum teman2...
Syukur alhamdulillah bersua kembali... inilah jantung hatiku.. suami tercinta dan cahaya mata yang menjadi pengikat kasih dan hasil cinta selama 2 tahun mendirikan rumahtangga...
Apa yang aku inginkan Allah bg melalui perkahwinan yang suci ini.. terima kasih atas segalanya wahai suamiku.. huhuhu..

Amatlah terkejut apabila suami mengizinkan diri ini untuk menceburi bisnes yang kecil2 ini. Bukan kerana suami tidak mampu menyara kami tapi kerana diri ini ingin mengisi masa lapang dan berkongsi manfaat dengan teman-teman. Kalau diikutkan kehidupanku kini terlebih cukup untuk segala keperluan. Demi diri ni dan anak, suami sanggup korban apa sahaja untuk kegembiraan isteri dan anak.. doakanlah agar jodoh ini kekal bahagia dan berkat hingga ke syurga Allah.. amin,,,

apa yang saya bisneskan? walaupun tidak sampai sebulan, customer asyik memanggil untuk mengecapi kelebihan product yang juga saya gunakan.. masyaAllah.... hebatnya Allah.. 

Sabtu, 7 Februari 2015

Kisah selepas bergelar isteri

Assalamualaikum...
Saya ingin kongsikan pengalaman bersama teman-teman tentang diri saya selepas bergelar isteri.
Semasa anak anak dara, sibuk dengan program NGO Islam, PEPIAS... dan kerja . Selepas bergelar isteri, totally semua berubah termasuk jadual harian. Sebagai isteri , hendaklah taat akan perintah suami selepas Allah dan Rasul.

Kehidupan sebagai isteri amat mencabar, tambah pula apabila dikurniakan rezeki cahaya mata yang pertama bernama Abdullah Bin Abas. Subhanallah, sangat indah bergelar seorang ibu. Kini, tanggungjawab bertambah. Syukur alhamdulillah dikurniakan suami yang serba boleh tentang perihal rumah dan dapur... huhuu..

Dalama masa menjadi isteri dan ibu, saya juga seorang pelajar PJJ di UKM, part time. Keadaan badan amatlah terhad. setelah 5bulan melahirkan anak sulong, Allah berkehendak untuk saya mengandung lagi.. haiyoo... mula-mula rasa sedih, cepat-cepat istighfar sebab inilah rezeki dari Allah.. saya terima dengan redha, suami amatlah seronok bila tahu saya mengandung lagi.. kini usia kandungan saya mencecah 8bulan 1minggu.. tak lama lagi nak bersalin.. hihihihi in shaa Allah... tapi walaupun sudah 8bulan, saya tetap bertenaga dan masih mampu menjaga keterampilan sebagai wanita... nak tahu apa yang saya ikhtiarkan???? (^_^)

Khamis, 5 Februari 2015

Feling teruji n positif

Sekarang tengah musim final exam semester 5 ukm pbjj... SUNGGUH MENCABAR!!
Ya Allah, permudahkanlah urusanku,,

SAHABAT2,,,
Dalam coretan kehidupan, penuh dengan dugaan dan pancaroba.. dengan iman kita mampu untuk sabar dan berserah segalanya kepada Allah tanpa rasa putus asa dalam meniti ranjau kehidupan...

Saya dah 2 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang mujahid bernama Abdullah Bin Abas @ Ibnu Abas... in shaa Allah bulan 3 ni akan melahirkan lagi seorg hambaAllah... jantina is suprise!!!! heheheh

kadang-kala terfikir bahawa bagaimana untuk manage time bersama anak, stdy, jadual ceramah, dan paling penting urusan dlm menydiakan keperluan suami dan anak2.. huh.. moga Allah bantuku.. amin...

sekian sahaja untuk skrg...;)