PENGALAMAN CZER
KALI KE2
Assalamualaikum
teman2 sekalian, ayu nak kongsikan pengalaman yang amat berharga buat ayu
semasa melahirkan anak kedua pada 16 Mac 2015, Hari Isnin pada 10.16 Pagi, di
Hospital Umra, Shah Alam.
Mesti Tanya kenapa
anak ke2 czer kan… YES!! Semua kuasa Allah….. kalau nak tahu, Ayu Nampak
sendiri real czer yang amat mengerikan. Anak pertama berumur 5bulan Ayu dah
pregnant anak ke2… Bila nak bersalin normal tak boleh sebab rahim Ayu belum
Cukup sembuh. Ada rezeki orang bersalin normal… Rezeki masing2… apa yang paling
terkejut, semasa pembedahan Ayu lihat sendiri kulit ‘LEBIHAN’ ayu disiat-siat.
Ayu inginkan kepastian, ayu tanya doctor bahawa daging baru itu tumbuh
disebabkan dari pemakanan Ayu.. ikan haruan ayu makan selepas czer anak no.1 …
hasilnya daging dalam tak cantik walaupun sembuh luka tapi bersyukur Ayu tak
makan banyak ikan haruan. Nasihat Ayu, ibu yang bersalin czer atau normal,
elakkan mengambil ikan haruan, luka sembuh tapi kulit tak cantik. Doaknlah ayu
cepat sembuh untuk luka dalaman dan luaran. Amin
19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa
wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab
baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang
solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa
yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam
syurga.
5. Barangsiapa
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila
memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah
r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang
taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang
taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a
berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap
lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan
yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke
dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah
lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila
semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan