Isnin, 9 Februari 2015

Hukum Membeli/Menjual/Menggunakan Produk orang bukan islam

Assalamualaikum sekalian.. ha.. ni nak kongsi sikit bab hukum syarie...

(Ini apa yang saya belajar yer dalam fiqh muamalah)

Kepada muslimin muslimat... hukum membeli produk yang bukan diasaskan oleh orang Islam diharuskan. Sekiranya ia bermanfaat maka kita pergunakanlah untuk menfaat bersama.. ada kisah disebalik keraguan ini...



"Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berjual-beli) dengan Yahudi Khaibar. Nabi Muhammad dan Abu Bakar pernah memberi upah kepada salah seorang dari Bani Dil sebagai penunjuk jalan dan menghantar Nabi SAW dan Abu Bakar ke Madinah.  Antara contoh yang lain, Saidatina Aisyah pernah mengirim utusan kepada orang Yahudi untung membeli pakaian darinya dengan pembayaran yang ditunda, tetapi orang yahudi tersebut menolaknya. Bukti ini menunjukkan bahawa Islam mengharuskan urusan muamalah dengan orang kafir.

Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulama' telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah halal dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. "


Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.
<Sekiranya ada pendapat lain, sila kongsikan bersama in shaa Allah>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan