Selasa, 20 Oktober 2015

Disebalik Kesusahan ada Kemudahan


Abdullah bin Abas adalah anak sulung ayu yang dilahirkan pada 3/1/2013 di Hospital Umra, Shah Alam secara czer...
bukanlah ayu sengaja nak suruh czer yer.. Ayu percaya ini semua adalah kehendak dan rezeki yang telah Allah tetapkan pada Ayu. Punca Ayu diCzer adalah kerana kedudukan Abdullah usia 38minggu telah naik ke atas dan ujiannya adalah air ketuban ayu dah kering. dan memang tak boleh untuk membuat pusingan supaya ayu bersalin secara normal.
Setelah itu ayu pergi ke hospital sungai buloh then depa kata ada kene czer secepat mungkin. ayu terkejut bila mengatakan jika tidak nanti kene selamatkan antara ibu dan anak. ohhh hanya Allah je yang tahu masa itu betapa rasa sedihnya ayu... '
Tapi suami sentiasa beri semangat. kami minta untuk pulang ke rumah dan ikhtiar cara bidan dan juga melakukan solat hajat untuk meminta pertolongan daripada ALLAH... 
akan tetapi hasilnya sama... bukan mengatakan Allah tak tolong tapi itulah takdir yang Allah tetapkan untuk kami. 
Kami kembali semula ke hospital sg buloh untuk czer dan suamiku memint doktor perempuan dan nurse perempuan sahaja untuk service ayu. sebab ayu dengar daripada kawan2 di mana boleh request doktor perempuan. tapi sekali lagi ayu sedih bahawa mereka mengatakan yang tidak boleh request doktor. dengan pantas suamiku mengatakan.. tak pelah, kami discharge. Bila kami discharge, suami kata tak tahulah nak bersalin dimana bahawa sedia maklum yang memang kos czer di swasta amat mahal. 
setelah itu, kami balik.. tenangkan diri dan selesai solat maghrib tiba2 kawan suamiku suggest supaya pergi ke hospital umra then request doktor perempuan. Alhamdulillah dapat jugtak. ayu amat terharu kerana suami sedaya upaya mendapatkan doktor perempuan untuk ayu. Kebetulan kami datang malam jumaat dan kami minta esoknya ayu diCzer. segala2nya dipermudahkan.... alhamdulillah.. Ayu tak pernah terfikir untuk bersalin di swasta dengan perkhidmatan yang amat memuaskan hati dan tenang jer. selepas selesai semua, suami ayulah yang lapkan ayu, jaga ayu, dan tidur dengan ayu. aAbdullah kami serahkan pada nurse yang bertugas pada malam itu. 
Sungguh Allah Maha Hebat dan Maha Adil dalam memberikan ujian sekaligus hikmah yang ukup besar. 
Ayu juga bersyukur apabila suami mengatakan, biarlah dia berhabis duit janji ayu selamat dan selesa. paling penting selagi ada usaha untuk mendapatkan yang halal, kita mintak tolong Allah pasti Allah kan tolong...


Ayu sentiasa berazam untuk menjadi isteri, dan ibu yang terbaik untuk family ayu... Terima Kasih Allah pertemukan diri ini dengan insan sebaik Abas bin Mohamad Yusof. Moga pinjamanMU ini sentiasa dalam redhaMu dan dalam rahmatMu.